1. On Monday ntah hape hal tetiba menggigil satu badan. Beriya menggigil terketap-ketap gigi. Kepala berdenyut sakan. Mata rasa panas. Demam kot. Kol 3 terus aku balik umah. Tido.
2. Selasa aku MC sebab demam lagi. Kol 9 hantar Afif ke rumah babysitter. Ikot hati takmo hantar tapi kalo tak hantar maka tak dapat la aku rehat. Aku tengok movie. Aku tido. Tapi tak lena sebab teringat anak. Kebah sket demam, i don't see any point trying to sleep. Aku bangun cuci toilet, kemas bilik sikit-sikit. Tak tahan kol 4.15pm aku terpacak kat rumah babysitter nak amek Afif.
3. Dulu aku tak paham camne sayang seorang ibu kepada anak. Sekarang aku paham. Demam pon tak lena tido ingat anak. Macam Monday tu, memang balik kol 3, tido. Tapi tido setengah jam je. Teringat Afif terus bangun buatkan porridge untuk dia. i never knew i could be so selfless.
4. Yeayyy Afif dah suka makan porridge. Sebelum ni 2 attempt aku gagal. First time makan tapi sikit je. Sebab tak suka kot. Second time memang reject terus. Continue je la bagi fruits and vege puree. Third time was on Monday. Aku tumis ikan bilis dan bawang dalam extra virgin olive oil. Dah agak-agak garing aku masukkan beras dan air. Dah 3/4 masak, aku masukkan carrot. Siap, aku blend. Licin Afif makan. Selera betol. Siap nganga mulut badan ke depan mintak disuap lagi dan lagi. Bertambah pulak tu. Haaa.. Sesapa yang perli anak aku mat salleh, tengok lah! Anak aku terbukti Jawa-Minang-Melanau.
5. Dua tiga hari ni aku angau betol kat lagu True Love by Pink ft. Lily Ellen. Aku rasa kena betol dengan husband-wife relationship. i love my husband dearly but sometimes he drives me mad. Bangun lambat lah. Sebok ngan iPad la. Tak romantik lah. Ape lah. But i love love love him. Hehe. Cuba korang dengar lagu ni.
6. Haritu ada beli Storycard by Wedoo kat Groupon. Last two weeks sampai yeayyy! Kualiti okay, cuma memang kecik lah.. Besar daun terup gitu. Ok lah dengan harga RM28. Senang aku bawak ke mana-mana. Looking at the pictures always bring me down the memory lane. Ada gamba 3D ultrasound dia sampai la umur 8 bulan. Kejap je masa berlalu. Sekarang ada lagi deal tu kat Groupon. Kalo berminat, beli lah!
7. Next week puasa dah. Gila cepat masa berjalan. To be honest, last year masa mengandong aku 7 hari tinggal puasa dan sampai skang tak ganti-ganti lagi. Aku try ganti tapi sumpah la lapa gila tahap nak pitam sebab breastfeed kot. Pasni terpaksa la bayar fidyah. Jangan tiru macam saya!
8. Afif skang extra clingy ngan aku. Tapi nasib baik la still nak kat orang lain and tak nanges kalo dengan strangers. Tapinya dia still tak merangkak atau army crawl lagi. Golek-golek je. Pastu slalu demand nak duduk dan berdiri. Itsokay, no rush. Plenty of time to develop!
9. Aku dah tempah dua baju raya. Tapi ntah hapa hal aku rasa cam tak cukup je. Padahal selama ni aku tempah satu je.Itu pon sebab nak posing Raya katanya. Should i buy more? Tapi aku bukan suka berbaju kurung ponnn..
10. Dah sminggu ngidam burger kat Wondermilk. Tapi asyik tak sempat pegi. somi keje je on weekend. Weekdays lak aku keje. Balik malas dah nak kuar. Tapi tak kira kene jugak gi before puasa!
aku perasan kalau tumis bawang putih and merah memang hamza makan banyak jugak.so bawang ni memang penyedap makanan bukan untuk adult tapi baby jugak..pastu kentut2..heheh
ReplyDelete