Slide Show

March 27, 2013

Pregnant?

One day, i realized that my period is one week late. It was weird because (alhamdulillah) i'm one of those lucky girls who always always have her Aunt Flow coming on time. i panicked but i soothed myself thinking it's just hormones. Because i'm breastfeeding.

So i wait.

The next week Aunt Flow is still missing. i got more panic. i was in Kuching, kat tengah-tengah hutan di Permai Resort, Santubong for my SIL's wedding. This time i can't take it anymore so i forced hubby to get a home pregnancy test at the neares 7-11. So he went and i did the test. Yeayyy.. Not pregnant!

The next week i started to feel nauseaous. Mual-mual dan pening.

Haishhhh sudah! This couldn't be. i could NOT be pregnant now! Afif is only 5 months, plus i had c-section. If i get pregnant now, my baby will have to be delivered via c-section jugak. Tak merasa lah beranak normal. Cuakkkk faham tak cuakkk!

After 2 days of mual-mual pening, i did my second pregnancy test. Phewwwww negative. Tak puas hati, i went to the clinic and took the third test. Yeay negative lagi! Was given ubat gastric je.

Tapi sebab cuak punya pasal aku rasa dah bercerita kat sedozen orang dah "OMG period aku dah 3 minggu lambat hamadddd! Tapi test negative.." Macam-macam la reaksi dan reply kawan-kawanku ini. Ada yang kata "Alah tu hormon je ko tak pregnant tuu" ada jugak yang kata "Nok.. Aku/si polan dulu macam ni lah haa period tak datang tapi test negative. Tengok-tengok dah 4 bulan pregnen. Baik ko test lagi..Buat blood test pulak" Bercucuran peluh ketiak dengar statement begini.

Akhirnya hari yang ditunggu telah tiba. Yesterday my Aunt Flow finally showed up. i have never been happier having period. Melompat aku semalam.

Moral of the story is, pasni aku terus nak gi amek injection Depo-Provera yang 3 bulan tuh. Tak sanggup aku berdebar tetiap bulan tunggu period tak kunjung tiba. It's like a freaking hide-and-seek game!

Yes, i want more babies but not now. Tahun depan la berusaha lagi. InsyaAllah.



March 21, 2013

First Food

As planned, Afif started solid food at 5 months 1 week! It was on the same day as i started giving him formula milk.

Alah, sebenarnya tak lah solid food sangat pon. i was excited to make pear puree for him tapi Wan kata first food bagi la rice cereal dulu. Pastu aku google, memang experts suggest rice cereal for babies below 6 months. Nanti masuk 6 months baru kasi puree. Baik lah. Rice cereal it is.

i chose Heinz Rice Cereal. Bought it during Baby Expo at CONVEC last 2 weeks. Murah la jugak kot 3 kotak for RM10. Gini rupa dia:


i mixed it with a breastmilk. Beacuse it's Afif's first time, memang sengaja buat cair. Kecairan menyerupai cecair daripada pepejal. Mula-mula bagi pakai sudu. Siap pakai bib sume haa.. Lepas 10 suap gitu, dia merengek. Tak sabar sebab lambat sangat agaknya pakai sudu. Aku masukkan dalam botol susu dia and kasi minom. Tak lame pastu habis. Muahaha.

To be honest, tak sedap pon bende alah ni. Tawar. Wan siap suruh bubuh honey. But i refuse. Kang kalo sedap sangat, dia takmo susu plak. Gitu lah cternye.

My baby boy ready for his first meal.

March 20, 2013

For 3 Days

The day i feared has finally come.

The day that i can't fully breastfeed my son.

Sigh.

Begini ceritanya..

i went to Kuching last last Saturday (9.3.13) because my beloved sister in law was getting married last Wednesday (13.3.13). So i took one week off work. It was super nice not having to go to work. i spent most of the time with Afif at in-laws home.

Kamu tahu kan bahawa stok breastmilk saya dalam fridge tak lah selebat mereka yang mempromosikan set breastfeeding shaklee yang penuh freezer. Saya hanya ada stok utk 1-2 hari sahaja. Maka sepanjang bercuti saya telah habis menggunakan stok tersebut untuk Afif minom dalam flight, traveling around Kuching and at the wedding. Tambahan pula weddingnya kat Permai Resort, Santubong. Takkan lah tengah-tengah majlis anak nak susu, nak selak pulak tengah keramaian itu. Dah la kadang-kadang aku kene run around menguruskan majlis, Wan jaga Afif. Takkan lah nak sumbat nenen Wan pulak. Kah kah kah. Ok not funny.

Nak dijadikan cerita, bila start kerja on Monday, memang takda stok susu dah. Masa cuti memang tak sempat la nak pam hoi dia asek bergayut.

Dengan keterpaksaan sedu-sedan sebak di dada terpaksa la bagi dia minom formula milk. Enfalac A+ menjadi pilihan atas suggestion paed. Mula-mula dia reject jugak. Tapi sebab lapar agaknya dia telan gak. Now, dah 3 hari Afif minom fm di siang hari. Petang aku balik kerja terus dia demand nak bergayut.

So far okay lah dia minom fm. takda muntah-muntah, cirit birit or naik rashes. Tapi semalam masa dia tengah poopoo dia pandang dengan muka cam sakit pastu merengek sket. Dah abes poopoo senyum girang. Tak sedap perot agaknya. tapi tak pulak keras poopoo nya.

Yeah, memang syahdu jugak lah kasi fm but i have no regrets because i have tried all i can to provide him with breastmilk. i believe all moms experience this kan? We try and try to provide the best for our children but things don't always go our way.

Alhamdulillah stok susu dah kembali berkumpul dalam fridge walopon tak banyak. InsyaAllah esok dan hari-hari mendatang Afif will be on full breastmilk again. Ya Allah, murahkan lah rezeki anakku untuk dapat minom susu ibu sampai umur 2 tahun. Amin.


Hubby Whatsapp-ed me this photo when i was at work. Terus aku berlari balik sebab rindu keduanyaaa! nasib baik dah kol 5 time tu. Huhu


March 5, 2013

4 months and 3 weeks

It's the fifth of March already. Serious tak sedar! Lupa jugak nak membelog pasal perkembangan Afif.. Sigh. Bukan apa, kalo boleh sedaya upaya nak belog pasal dia supaya nanti dia besar, we have a written memory of it. Manusia kan mudah lupa.. What i can recall on top of my head:

Afif's Third Month (2-3 months old)

- Start 2 bulan lebih, Wan suka bedung Afif time aku gi keje. Heran, suka pulak dia berbedung padahal sebelum ni tak suka. Tapi time tido je la bedung. Kalo dia berjaga tu marah sungguh kena bedung!
- dah tak suka tido atas badan mama. Memula tak perasan sebab tdo malam mmg berbedung. Ada skali ni letak dia atas dada cam dolu-dolu nak tidokan, mengamok dia. Bila letak atas katil, baru ok terus lelap. Sobs. My son grew up already.
-Tido suka dekat-dekat. Kalo dia tak rasa badan aku, terus terjaga mencari. So kene tido letak tangan atas badan dia or bawah ketiak aku. Hehe. Tapi kadang letak je dia dalam baby cot. Tido okay je. Ngengade je lebih.
- Memanjang ajak borak.



Afif's Forth Month (3-4 months old)


- Around 3 months 3 weeks camtu mulut dia selalu bergerak-gerak macam mengunyah. Pastu selalu makan tangan dia. Siap hisap tangan berdesup-desup. Time ni Wan dah bising suruh bagi makan solid food. Aku pekakkan telinga.
- Tak reti lagi meniarap. Mengiring pon malas bebenor. Baring je mengekeh-ngekeh senyum gelak tengok orang.
- Membebel tak sudah-sudah. Kalo aku kat atas, dia kat bawah pon boleh dengar bebelan dia berborak ngan Wan.
- Suka tengok TV especially cartoon. His favorite are Upin & Ipin and Doc McStuffin'.



Afif & Adam si anak As! Afif tua 3 minggu tapi Adam lagi debab kussss semangat! 



Tido malam berbedung bila pagi gini lah kebebasan dia. 

Afif's Fifth Month (4-5 months old)

-Makin ligat makan tangan sendiri. Kalau nampak kitorang makan, mulut dia pon automatik mengunyah haha.
- Kalo terjaga dari tido, akan nanges mencebik if no one is around. Kesian. Tapi kalo dia bangun and nampak kitorang, dia akan senyum panjang sambil borak. Ceria di pagi hari katanya.
- Dah mengiring sambil nak niarap. Tapi tak pandai meniarap full lagi. Tangan selalu terhimpap lalu membebel mintak orang angkat.
- Boring kalo baring lama-lama. Akan membebel mintak diangkat and duduk atas riba orang. Pastu tengok tv sambil berkerut-kerut macam pahammmm je.
- Dah kenal orang. Dia gelak and senyum kitorang family dukung/agah dia tapi kalo orang lain agah, dia akan pandang dengan muka heran or akan buat derkkk je tak layan. Sian Pak Mertua ku penat mengagah cucu tapi Afif buat tak layan je haha
- Dah tau bezakan orang berjaga or tido. Contohnya tengah-tengah malam dia terjaga ajak borak tp aku ngantok.. So layan dia kejap je pastu aku terlelap. Terus dia tegur macam panggil suruh bangon. Bila aku bukak mata dia akan senyum2. Heh.
- Suka pegang botol. Tapi tak kuat lagi pegangan dia.. Takleh pegang sendiri lagi. We're getting there, baby!
- Risau sebab leher dia belum 100% kuat. Kalo dukung tegak, dia boleh support kepala sendiri tapi kalo niarap dia belum boleh dongak 90°. Normal ke eh??
- Sedih sebab dia ada cradle cap kat kepala. Ada kulit kering ala-ala dandruff pastu merah kulitnya. Memula sikit, pastu makin banyak pulak. On Sunday gi klinik doctor kasi shampoo and cream. Kesian nampak dia macam kegatalan. Selalu menggaru. Sebab tu jugak kene pakaikan mittens sampai skang. Takot cakar kulit kepala dia yang sensitif tu..


 Dia selalu berborak dan mengekeh ketawa tapi jarang dapat snap gambar tengah ketawa sebab kalo nampak kamera je terus muka seryes. Macam daddy dia.



 Ngantok.

Chillin' with daddy! 

Pakai baju baby girl terus nampak cam gegurl!

Budak suka makan penumbuk sendiri.
Kesimpulannya, he's growing up okay. Makin bijak anak mama. Makin ceria. Tapi risau la jugak leher blom betul-betul kuat. Risau sebab cradle cap tu tapi semalam tengok dah kurang merah. Berkesan la ubat doctor bagi tu. i'm praying he'll be okay.

At 4 months 3 weeks, he weighs about 5.6kg. Kecik je anak saya. Tapi Alhamdulillah doc kata sihat dan normal. Saya juga berpendapat development dia slow sikit in terms of physical development but in terms of social and berborak-borak development adalah cepat. Anak kawan saya ada yang dah meniarap kepala tegap dah time ni tapi lambat mula berinteraksi sosial. It's amazing how babies grow differently.

Alhamdulillah juga dia still fully breastfed walopon susu cukup-cukup je. Ade stok 2 hari je kat rumah. Sehari kene make sure pam 3 kali untuk cukupkan bekalan sehari. Tapi dah siap-siap belikan susu formula spare kat umah takot lah kalo tak cukup pulak. Sebak wooo haritu cari susu formula tu.

Anyway, next week he'll turn 5 months! i know we're recommended to feed babies solid food at 6 month but  i have gotten permission from paed and my mom-in-law (who is also a doctor) to feed him solid food at 5 month plus. Tak sabar nyaaaa!


My little bodyguard!


P/s: hari ini dalam sejarah. Malam ni Afif dah leh meniarap tanpa bantuan. Way to go baby! Tapi tak la meniarap expert. Nampak la dia memerlukan effort yang lebih. Kepala juga masih blom tegap. I know you'll get there soon baby!