December 28, 2012

Confinement Lady Review

Haaa engko dah 2 minggu masuk keje baru nak review confinement lady hape kes? Better late than never lah kan?

Most pregnant ladies in KL will surely look for a confinement lady. Ye lah convenient, takyah balik kampung nak suruh mak jaga bagai. As for me yang takda mak ni, memang terpaksa lah amek confinement lady.

i was recommended to Ros Confinement Care by a friend. Aku tengok kawan aku tu pas bersalin slim dan cantik je.. Dia pon beriya-iya memuji Cik Ros ni. Maka percaya lah kat dia. Booked Cik Ros ni masa 5 bulan preggy aritu. Advance sangat khenn?

Started my session with her on the 10th day post-partum. She's right on time. Kol 9am dah sampai. A pleasant woman, sangat keibuan. Kita selalu dengar kalo bersalin secara c-section takleh berurut, bertungku, berbengkung segala. Semua itu disangkal oleh Cik Ros. Dia anak 5, semuanya c-section. Katanya everytime pas bersalin, dia berpantang buat je berurut, bertungku, berbengkung semua tu. Cuma kene start lambat sikit compared to those yang bersalin normal, tempat jahitan takleh disentuh dan si bidan kene pandai cara urutan.

Cik Ros ada sediakan pakej-pakej nya. Korang tengok lah sendiri kat FB dia. For me, i initially took a 2-weeks package but at the end of first week tu dia kata i'm strong enough and recovering well. Tak payah bazir duit upah Cik Ros smpai 2 minggu katanya.

What do i get? Everyday dia datang kol 9 pagi. Dia mandikan baby, tuam baby, baby massage and siapkan pakai baju bedung segala. Bila baby dah tido baru dia belai mak baby pulak. Started off with scrub (scrub dia buat on first and seventh day sahaja), mandi air herba, bertungku, urut, tangas, pakai param dan last sekali berbengkung dan pakai pilis. Selesai dia belai-belai badan kita gini, dia gi dapur masakkan makanan pantang untuk tengah hari dan malam sekali. Selepas makan, dia kasi minum air rebusan akar (pahitnya Tuhan saja lah yang tahu). Selesai semua ni dia balik. The whole session usually ends at about 1-2pm.

All the things needed macam minyak urut, param, pilis, air jamu, air mandian akar, etc semua Cik Ros sediakan. Kalau tak beli set bersalin pon takpe. Tapi bahan memasak kene lah sediakan sendiri.

Habis seminggu session dengan dia, i carried on confinement period myself. Makanan pantang Wan masakkan tapi ada lah sekali dua makan KFC, Kenny Rogers hewhewhew. Baby mandikan sendiri. Pantang koboi je aku ni. Bengkung kalo rajin pakai tapi selalunya memang tak pakai lah. Stokin memang tak tanggal. Param and pilis memang aku tak pakai sebab rimas nanti rumah bersepah. Jamu pon tak makan sebab Afif macam kembung kalo aku makan jamu. Cuma minom air rebusan halia Wan buat. Koboi sangat khenn?

Cik Ros datang lagi on day 41-43 untuk buat penutup pantang pulak. Penutup pantang ni buat scrub, massage, tangas kering, and mandi bunga/air susu untuk kembalikan seri katanya. Mintak dia urutkan tutup sikit rahim tu. To be honest i'm not ready for another child anytime soon (tak puas lagi manja-manja ngan Afif) so urut tutup rahim ni adalah one of the ikhtiar lah. Tapi tatau la if Allah has other plan for me kan?

All in all, i'm satisfied with Cik Ros' service. Urut sedap dan segala teknik/ritual ni memang ikot cara orang dolu-dolu. Plus Cik Ros ni adalah bekas nurse. So dia pandai balance kan modern and traditional technique. Lagi lah puas hati apabila i'm back to my pre-pregnancy weight sebelom abes confinement period. Sebenarnya ada lg 1 kg ni susah bebenau nak hilang but i'm not complaining. Maybe that extra 1 kg is comes from Miss Boobies iaitu susu untuk Afif huahua..

If you're interested and wants to contact Cik Ros, quote my name (Teefa or Fifa.. Dia suka panggil aku Fifa haha..). Takde la dapat diskaun tapi tak lah dia pelik siapa lah pandai-pandai rekemen dia ni.. Tidak lah jugak aku dapat komisen. Sharing is caring tak gittew? This is her phone number 012-2437054 and you could also search her on Facebook at ros.confinement@gmail.com
.
5 comments on "Confinement Lady Review"
  1. wow...menarik beb :) how much? mane tau boleh hire for my second.huahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. harga tu kne la tanya Cik Ros tu sdiri. tp utk one week tu mmg rm1k++ laa.. wahhh cepatnye nak second baby! update la blog weh letak gamba baby..

      Delete
  2. Assalam sis, sorry drop by psl kebetulan mmg tgh cari review ros confinement care ni.dh baca dua blog macam best je..I think im going to book her jugak..tp risau jgak psl edd 20/8.seminggu lepas raya..dia nak ke x jaga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..
      hi! thanks for dropping by.. rasanya cik ros ok kot sminggu lpas raya tu.. cuba call n tanya je dulu. harap-harap dia free. good luck!

      Delete
    2. saya pon ambik cik ros hari tu lepas baca review2 yg ada, lepas survey puas2 pasal confinement lady. next week saya dah booked cik ros utk buat penutup pantang. adik saya pon dah booked dia bulan ni dia nak bersalin dah.. hahaha... terbaekkk!!! yg best tu cik ros bg consultation percuma psl nak jaga badan.. siap ada jual jamu.. in sha Allah tak rugi dan puas hati dgn servis cik ros nih...

      oh ye kami siap mintak dia (kami bayar la kan..) uruskan uri sbb hutan batu ni susah nak cari tanah tinggi dok plak apartment, sunat baby girl and cukur..

      Delete

EMOTICON
Klik the button below to show emoticons and the its code
Hide Emoticon
Show Emoticon
:D
 
:)
 
:h
 
:a
 
:e
 
:f
 
:p
 
:v
 
:i
 
:j
 
:k
 
:(
 
:c
 
:n
 
:z
 
:g
 
:q
 
:r
 
:s
:t
 
:o
 
:x
 
:w
 
:m
 
:y
 
:b
 
:1
 
:2
 
:3
 
:4
 
:5
:6
 
:7
 
:8
 
:9