Slide Show

September 25, 2010

My Soju

i dunno about you guys but i was a huge Korean drama and movie fan during my university time.

Seriously, hari bagaikan tidak sempurna tanpa menonton Korean series ataupon movie. Acara wajib adalah bertukar-tukar DVD dengan rakan-rakan yang tidak kurang hebat menggilai kerabat Korea bermata sepet itu. Ayat paling dinanti adalah "Wehhh.. aku dah dapat DVD *masukkan nama cerita disini*!!!" dan yang lain akan menjawab dengan "Ohmaigawdddddddddddddd!! Nak pinjam nak pinjam!!"

i have my favorite, of course. Favorite series adalah Full House. Favorite movie adalah A Moment To Remember. Heeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!

Tapi setelah habis zaman uni, dan kembali ke Tanah Air (ececeyy macam Sabah tu bukan Malaysia lah kan?). i've stopped watching Korean thingy. Kadang-kadang ade lah tengok kalau Mr. Chenta dapat supply daripada kawan-kawannya tapi jarang lah. And rasanya cerita Korea sekarang macam banyak merepek je. Tak jumpa yang romantic ala Full House dan A Moment To Remember gitu.

Recently i found this website that has all Korean, Japanese and Chinese series and movies. i was hooked! Tengok cter A Moment To Remember dua kali (nangis 4 kali), dan on the way nak tengok Full House. Heeeeeeee!! Oh, websitenya adalah MySoju.com.

 A Moment To Remember

 Full House

Serious weh cerita A Moment To Remember adalah sangat sedih. Korang sila lah tengok. Kepada yang overly jiwang tu, sediakan tisu banyak-banyak ek? Dan cerita Full House adalah sangat comel. Ala, i'm sure you people pon penah tengok kan? Heeeeeeee..!

p/s: Do you know any new Korean drama/movies yang best-best? Please suggest. Rasa ketinggalan zaman sangat aku ni haaa..
September 22, 2010

Unwell

Hari ini saya tak berapa sihat.

i can't sleep for the past 4 nights, my nose can't seem to 'unblock' itself, batuk-batuk, and migraine.

To make things worse, i was wheezing last night. Seems like asthma. Ya Allah, tolong la jangan datang balik asthma. I had very bad asthma when i was little. Sampai tahap makan ubat and pakai asthma pump tu takde effect dah. Papa had to put the oxygen gas machine thingy in the house coz i need it everytime asthma attacks. Lucky for me, the asthma magically disappeared when i was about 16. So memang tanak dah kene asthma balik! Nauzubillah.

So anyway i went to the doctor and got tons of asthma meds, and an MC. i need rest, he said. And my insomnia is not helping at all.

Hurm... i realized that i get sick easily. Maybe i should start taking supplements. Vitamin C ke?

Found this movie trailer in YouTube. Macam comel je citer ni:

Life As We Know It

i'm a sucker for babies and romantic comedy. i soooooo wanna watch!!
Dunno when it'll be out in Malaysian theatre though.

September 21, 2010

Family Day Out

On the 7th day of Raya my family had nothing better to do. They decided to raid KLCC, the Skybridge to be exact! (Skybridge is the bridge that connects the Petronas Twin Towers).

Yeah, why not? It's Malaysia Day and the Twin Towers is one of Malaysia's many national treasures right?

There were eleven of us. Two aunties, one uncles, five girls and three boys. Nasib baik la tak runtuh KLCC tu..

Menunggu giliran

Briefing room!

The Skybridge

 Tidak sah tanpa gambar lompat-lompat kan?

OK, a decent picture

One of the views

Ok, get out now. Shoh, shoh!

Afterwards, the aunties decided that the Skybridge visit is not enough. They want karaoke! The kids want it too.. So we went to Wangsa Walk. Selalu karoks ngan kawan je. This time karoks ngan orang tua and budak-budak. Teehehehee.

 Menunggu giliran lagi

Okay, sempat posing!

Jangan taktau, si budak kecik Inaz ni syok gler menyanyi sampai tak lepas langsung mic petang tu!

 Semangat tak dier nyanyi???
Even lagu rock kapak yang dier tak tau pon selambe je baca kat skrin.. Lagu-lagu yang dier tau lagi la menyanyi dengan semangat nye!
Rase comel sangat.. Hehe!
Itulah dier cerita hari Raya ke-7..It's real good spending time with family. Update each other on life, jobs, kids, shopping.. The girls are growing up so aku suke tanye pasal gosip sekolah and boy crushes (terkenang zaman sekolah dolu-dolu. Hehe). Then laugh at each other silliness dan ketidak-sedapan suara masing-masing!

September 16, 2010

The Raya Diary Year 2010

How's your Raya?

Mine is not-so-meriah. Seriously, how meriah can it be la when i don't have a kampong? So every year i beraya KL Style. Teehehe.

Of course the meriah-est Raya was on the first day. Woke up early-ish, got ready, berkejaran gi sembahyang Raya. Dunno why but everytime sembahyang berjemaah (no matter what jemaah) i feel a surge of happiness plus sadness plus calmness plus serenity. Then my eyes start to water.

Anyway, balik sembahyang haruslah tukar baju baru kan. Makan-makan dulu. Seperti biasa, Wan dengan bantuan konco-konconya akan masak rendang ayam, rendang daging, korma ayam, kuah kacang, lodeh, nasi impit dan ketupat daun palas. Lemang beli sudeyh. Kuih Raya tahun ni banyak kuih tunjuk yea. Hehe.

Lepas makan kami semua duduk melutut mintak ampon maaf halal makan minum and get all teary-eyed. Seriously, setahun buat dosa, pastu mintak maaf,  even though rutin berulang every year but still rasa terharu gitewww time Raya. Kemudian saat yang ditunggu-tunggu pun tiba..

Jeng.. 


Jeng.. 


Jeng.. 


AMBIK GAMBAR RAYA!

Mintak ampon Wan!

Adik notty saya!

Family matters!
*burok bebenor rupe haku menyeringan tersengih gitewww*

 
Big girls hug!

Outdoor pulok..

Yayyyyy Raya!

Kemudian uncles and aunties pon datang. Makan lagi. Amek gambar lagi. Buat air/refill lauk/refill kuih/basuh pinggan lagi. Penat tapi seronok!

 Jaja, Nana and Aunty Roy!

Cousins start cam-whoring!

Hyper di pagi Raya.

Petangnye kami bertolak ke rumah nenek. Rumah nenek belah mama i dekat je. Kat Kampung Sungai Penchala. Naik DUKE 10 minit sampai nyahhh! Walaupun dikategorikan dalam bandar, my brothers and i tetap panggil umah nenek sebagai KAMPONG. So bler orang tanye "Korang nak gi mane?" we all say "Nak balik kampung!! Weeeeeeeeeee"

Kat kampung tahun ni tak ramai sangat sebab most uncles and aunties beraya umah mertua diorang dulu. Tapi ramai tak ramai pon nenek and atok masak 15 kilo rendang oke! Raya kedua dah abes 3/4 dah. Hebat tak hebat kami. Malam Raya tu disaat insan-insan sibuk beraya ke sana kemari kami gi tengok wayang kat Cineleisure okeh! Citer Piranha lagi. Kelasss kau nyahhh!

Raya kedua adalah bosan jugak. Pagi-pagi gi kubur. Then bawak nenek gi klinik sebab kaki dier bengkak tibe-tibe. Bler aunty and uncle dah smpai, rumah jadi kecoh. Baru naik balik suasana Raya.

Dan kekecohan melampau apabila Kak Teefa tibe-tibe announce "Okayyyy.. Tahun ni rezeki akak lebih sikit. So akak decide nak kasi korang duit Raya 50 hengget!! Sape nak beratur cepattt!!" Macam orang gler, my cousins bertolak-tolakan beratur depan aku yang tersenyum simpul ini. Di wajah masing-masing terpampang jelas harapan menggunung nak dapat RM50. Bler diorang nampak note-note RM50 tebal ditanganku, diorang menjerit kesukaan. Dah salam, kiss-kiss, kuhulurkan RM50 tu. i saw their faces light up in greed and delight. Then the face crumpled in confusion. Then.. "Akak TIPUUUUU! Ni sampul je 50 hengget! Dalam dier 5 hengget!" Ahahaha. kene tipu! Seriously lah ko ingat aku Datin Teefa yang kaya raya smpai nak kasi sorang RM50? InsyaAllah kalau rezeki bertambah-tambah boleh la. For now, 5 hengget yea sayangs?

 Kira duit.
Sape nak duit Raye 50 hengget meh sini!
*muahahaha*

Raya ketiga memang takde nye beraya. Kitorang gi Low Yatt sebab Mr. Chenta beli desktop baru then bawak adik dier gi Cosmo Theme Park kat Times Square. Agak best gak aaa. Sebab dah lame tak naik bumper car/roller coaster/rides. But mostly Mr. Chenta and i penat gelak tengok muka Adik and Akim yang macam nak nanges/nak muntah/nak pengsan mase naik pelbagai rides. HAHAHA.

Begitu lah serba serbi Raya tahun ni. So far baru beraya satu rumah, tapi ketiadaan gambar sebab malas posing tak pakai baju kurung/kebaya/tradisional. Tak nmpak Raya la kan? Tapi takpe, Raya kan sebulan? Huhu.

 Okay, ni pose gedik kami.


September 9, 2010

Esok Raya Woiii!!

Assalamua'laikum all!

Alhamdulillah we've made it through Ramadhan. i am sad that the Holy month is gone. Hope we'll be blessed and lucky enough to see Ramadhan next year. 
:)

i would like to say 
Selamat Hari Raya Eid-ul-Fitr to all of you who are reading this.
From the bottom of my heart i apologize for all my wrongdoings, or anything i wrote/did that upset you.

Have an amazing and meaningful Raya with your loved ones okay?  

Mari bermaaf-maafan, bukan mengamok-amokan!


September 5, 2010

Lookalike!

Dunno if any of you remember this wish list that i had a year ago.

One of the wish item is this:

Versace Embellished Cut-Out Heel


Well guess what??

No, no.. i didn't buy it. Can't bring myself to spend USD1447 on a pair of shoes.

But i did find something similar at Charles and Keith!! 


Errr.. Not exactly the same but the look is there right?


Short Pre-Raya Babble

Eid-ul-Fitr is around the corner.

Can't say i'm psyched. i'm kinda sad that Ramadhan is almost gone.

Semangat beraya juga kurang. Baju Raya yang dihantar ke tailor 2 bulan sebelum Raya masih belum siap. Beli siap satu, just in case baju kat tailor tu tak smpat siap.

Itu saja lah persiapan Raya. No new shoes, no new bag, no new makeup, no new nothing.

Oh, tapi terasa puas dapat menggembirakan keluarga. Saya belikan kuih muih Raya, kemas rumah secara hard core dan catkan rumah. Rumah saya sudah cantik!

OK lah, penat tadi mengemop rumah. If i'm in the mood maybe i'll drop by Pavillion to shop for my brothers.