Slide Show

September 16, 2015

LDM Day 5

Mr. Chenta and i are in another round of long distance marriage (LDM in short). This time it would last around 2 months *wail*nanges meraung tak cover line dah*

Sigh. 

I guess the timing is good. Ngam-ngam i'm the middle of my unpaid leave so that the kids will have one parent's undivided attention. The extra money that he earns comes in handy too tengah2 aku takde gaji ni. 

And i guess kali ni keje dia mulia sket. Aircraft maintenance team for flights taking people going to/from Jeddah for hajj. InshaAllah ada lah tercalit sket bahagian dia dpt lebih pahala. 

Tapi luka dan sepi di hati sape tau weh. Dah la dapat tau kene gi tu last minit. Kol 6ptg dapat tau, kol 9mlm dah gerak ke airport. Tak sempat nak pikir ape, tetibe laki aku dah fly. 

Malam tu aku mampu hantar dia kat KL Central je. Tak brani gamble bawak 2 orang budak ni drive sorang from KLIA tengah2 malam. Dibuatnya Dhani melalak tengah MEX tu dah satu hal nak stop camne.

As i'm currently a SAHM, memang terasa la ketiadaan dia. Usually the highlight of my day is waiting for him to get back from work. Temankan dia makan, lepak kejap and talk about our days. Sambung pillow talk sampai terlelap. Now i don't really have anything to look forward to except for the day that he returns. Days are starting to blend together. Anak-anak je la penghibur. 

So far dah 4 hari dia kat sana, sehari 2-3 kali facetime. I insist dengan alasan anak-anak rindu. Padahal bini dia ni clingy. Bahaha #clingywife #dontjudgeme

Pastu tetiba aku kene jadi tukang buang sampah, cuci botol Afif, tukang vacuum, tukang cuci toilet, kene pikir pasal minyak kete, patut ke tak cuci kete, mane ke pegi bil api, air, astro, streamyx bagai, pampers and susu anak ade stok lagi ke tak.. All this while my husband takes care of all that.

*nanges*

*wails*

Semoga baik-baik saja suami aku nun jauh disana dan semoga diberikan kesabaran dan kekuatan aku dok umah jaga dua orang budak ni haa. 



November, please come fast!

Dhani at 5 Months

Pejam celik dah 5 bulan umur Dhani. Dulu sebelom ada Dhani i always wondered; is it possible to love my other children because ALL my love is for Afif. Ade ke lagi kasih sayang utk anak lain (pretty stupid, i know). That is silly because the moment the doctor put Dhani on my chest, came this huge HUGE bubble of love for him.

And MasyaAllah, Dhani is such an easy, lovely, cuddly and happy baby. What's not to love?

As of today, at exactly 5 months he weighs 8.5kg.  i know sebab baru timbang siang tadi haha. Lenguh gak la tangan dukung si Shebab ni. Bak kata Dr. Basha (Afif's speech therapist) kene tukar-tukar tangan kalo dukung Dhani. Kalo tak memang salah urat *nanges* 

He now wears mostly 6mth size clothes, baju budak setahun pon dia muat. Pampers dah kene pakai saiz L ye. Sama saiz ngan Afif. Senang mama daddy takyah pening banyak-banyak saiz haha.

Alhamdulillah he's still fully breastfed. Lelagi la skang aku unpaid leave ni lama. Memang direct je susu whenever wherever. 

 
Acara wajib dalam kereta.
At 2.5 months young.

Developmental Milestone

Dhani started to roll over by himself at almost 3 months, tapi tak reti nak roll back terlentang. Masa 3.5 bulan baru reti golek-golek without help. Sekarang kalo dibiarkan atas katil tu memang segala penjuru la dia sampai. Memang takleh tinggal sorang takot jatuh je. 

Skang dia suka buat pondok (bak kata Wan). Dah reti angkat badan dalam position nak merangkak tapi bila try nak ke depan, dia tersembam. Haha! In a few weeks (days?) merangkak la kot budak ni.

He's been having separation anxiety these past few weeks. He's okay with strangers if i'm around. Tapi kalo aku takde, dia mula la gelisah mencari. Kalo nampak aku dari jauh or dengar suara, cepat dia jerit macam mintak aku selamatkan dia. Bahaha.

Suka kene riba/dukung/pegang (don't all babies?) tapi yang penatnya bila org pegang dia berdiri, dia bounce-bounce badan, especially kalo nampak Afif tengah melompat. Haha.

Likes & Dislikes

Suka mandi. Abes dia paddle kaki splash splash kalo mandi.

 Water baby.

Suka bercakap. His favourite word now is tah-tah-tah-*menyembur air liur*-tah-tah-tah. Haha
Alhamdulillah, he's not deaf. At least that's we observe as of now. Tido pon kejap-kejap sebab senang terjaga kalo ada bunyi (bunyi pintu pon nak terjaga haih).
Suka tengok orang makan, sambil air liur dia meleleh dan telan air liur pastu sibuk nak grab makanan orang. Haha.
Suka main ba-ba cak!
Suka dengar & tengok videoclip The Sound Song (Thomas & Friends). Kalo pasang video lain idok dier heran. 
Suka bila aku nyanyi Twinkle twinkle. Especially when i together with Afif buat show depan dia. Sengih manjang tak berkelip mata.
Dia sayang betol kat Afif. The way he stares at Afif when Afif does something (lari, lompat, gelak-gelak, bercakap) macam abang dia tu la idola dia. Yang Afif pulak, dia memang sayang Dhani. Tapi selalu la jugak tiba-tiba Dhani kene lepuk/cucuk mata/himpit/tunggang dek Afif. Stress aku kalo jadi gini.
Hobi dia adalah golek-golek breastfeed dengan Mama. Kadang bukan minom betol pon. We just lie there, making faces at each other. Haha.

Dhani budak yang tak banyak ragam. Setakat ni, we brought him along for all of Afif's audiology and speech therapy appointment and he never made a scene. Staff kat I-HEARS sume puji baik nye lahai budak ni. Bawak kuar pon senang. Cuma dia tak brapa gemar lama-lama dok dalam stroller. It's not a problem coz i prefer to babywear him anyway. Malam pon tak meragam. Cari susu, dah dapat tido la dia. Sebab dia Shebab, memang jadi bantal pelok aku la. haha.

Banyak list of yang dia suka kan. Kecik lagi, so aku blom discover apa yang dia tak suka.

Dia tak suka minom pakai botol. Ni la bahana apabila mama dia dok umah jaga dia. Kemana aku gi pon kene bawak dia sbb bf. Camne ntah aku nak train pakai botol balik ni ha.


At 3.5 months

Berkampung kat HUKM temankan Afif lepas operation CI dia.

My boys.

Hobi dia jugak adalah tengok Afif main.

Randomly, i woke up at night to find them cuddling like this. Sejuk hati mama.

Pantang nampak makanan.

Senyuman pujaan hati Mama.

"Engko ni over la, bang. Ni post pasal aku ko tau?"

Kacau orang solat.


All in all, alhamdulillah, Dhani is growing up well and in good health. Looking at his  obsession with food, i think i'll start feeding him at 5.5 months. We'll see.

Semoga terus membesar jadi anak soleh, budak bijak and happy happy je, ok sayang? 

Mama loves you so much, you have no idea.




September 11, 2015

Like I'm Gonna Lose You

Memalam ni emo plak.

Sebak je dengar lagu ni.

Because i've lost my two biggest love - my PARENTS.

It was long ago but the pain never really goes away.

i know what we have are all loaned by the Almighty.

So i'm praying that my husband and sons.. They will be loaned to me for a long time.



"In the blink of an eye
Just a whisper of smoke
You could lose everything
The truth is you never know

So I'll kiss you longer baby
Any chance that I get
I'll make the most of the minutes and love with no regrets

Let's take our time
To say what we want
Use what we got
Before it's all gone
'Cause no, we're not promised tomorrow"