Slide Show

April 30, 2013

Family Planning Katanya..

Lama hoiii tak berbelog. Ada satu blogpost dalam draft tak publish-publish lagi. Nanti lah.

Btw, kami baru balik dari Pulau Tioman uols.. Bawak Afif jalan-jalan sambil mamanya juga dapat spend time dengan bff-nya. Annual Girlfriends Gateaway katanya.. Nanti lah kalo rajin berbelog pulak pasal ittew.

Kali ini ceritanya pendek sahajork. Pasal family planning. Masing-masing dah besar kan?Sampai lah kepada blogpost pasal family planning ni haa..

Remember this post wherei freaked out thinking that i'm pregnant? Phewwww tak pregnant. So setelah datangnya Aunt Flow, maka saya terus zasssss ke klinik untuk mendapatkan nasihat merancang keluarga. Sebenarnya gi klinik bawak husband yang demam yang kemudiannya disahkan denggi seperti dalam post ini, tapi sempat jugak mintak nasihat dan terus kene cucuk.

Lepas di terangkan oleh doktor (ala sebelum tu pon dah buat research kat Google and tanya kawan-kawan), i decided to take the Depo Provera shot. In short, depo provera ni adalah hormon progestrone yang disuntik ke dalam badan untuk mengelakkan ovari kita ber-ovulasi. No ovulation means not fertile, therefore no chance of getting pregnant. It also increases cervical mucus so susah lah sperm nak bernang ke dalam. Tapi jangan risau, bukan lah selamanya ko tak subur. Sekali cucuk bertahan untuk 3 bulan. Selepas 3 bulan, kene cucuk balik. Tapi kalo rasa dah ready nak baby, tak payah la amek la injection ni lagi.. Berusaha lah untuk baby baru. Hehe.

Why i chose this method?

- Saya adalah malas makan ubat so makan pil perancang is not an option for me.
- IUD lagi lah aku takot coz makcik aku pakai IUD 2 kali, both time jugak termengandung. IUD tu siap hilang lagi tak perasan pon terkeluar ke ape.. Ada kawan punya kawan pulak kene infection kat dalam tu haa sebab pakai IUD. Seram ok. So no no no.
- Natural ways e.g suami pandai-pandai or kira kalender subur adalah takot nak buat dah. Haritu period lambat terus aku meroyan. Tak larat lah nak meroyan tetiap bulan.
- Implanon is still in consideration. Katanya hormon dalam Implanon dan Depo Provera adalah sama. Kalo badan serasi ngan Depo Provera, maybe akan amek Implanon nanti. Tapi ntah lah tengok la camne kekdahnye..

But of course lika any other birth control method, Depo Provera has it's side effects such as:

- possible weight gain/loss
- missed period / heavier period
- headache
- hair loss
- possibility of unability to immediately conceive after the last shot
- google lah sendiri lain-lain side effect tu

So far dah almost 3 weeks kene cucuk ni, okay je la. No weight gain/loss YET, period still comes on time ( a bit heavier ), headache takde, hair loss memang dah experience since 3 months pospartum so takleh compare. i just hope i can conceive whenever i want once i stop with the shot. InshaAllah.

That's my story on birth control. Planningnya next year nak pregnant balik. InshaAllah. In the last 2 weeks dah 3 kali aku mimpi pregnant accanneee?

April 9, 2013

Cepat Sembuh Please..

Sejak hari Sabtu suami saya demam. Balik kerja dia mengadu sakit kepala dan badan start panas. Bagi ubat dan letak kain basah atas kepala dia.

It got worse on Sunday. Badan dia start sakit sakit. Temperature sampai 38.7degreeC. The whole day juggling jaga Afif dan daddy nya. Malam pon sama. Sampai 39degreeC temp Mr. Chenta. Kesian. He was moaning in his sleep. Panas badan tak kebah walaupon bagi ubat demam on schedule. Tapi laki aku ni degil takmo gi klinik.

I went to work on Monday. A lil exhausted sebab tak cukup rehat. Petang tu pas maghrib paksa suami ke klinik. Dia terpaksa akur sebab nk dapatkan mc muehehe. Tengok2 temp dia dah 39.3degreeC. Kulit pon dah start merah merah. Doc advice gi spital sbb kalo buat blood test kat situ pon hari Rabu br dapat result. Takot lambat sangat. Maka rushing blk rumah, packed his stuff and rushed to PCMC.

Sampai PCMC around 10pm. Settlekan insurance paper yada yada yada kol 10.20pm baru amek darah dia. Sambil tunggu result blood test, dia dibagi baring kat ER. Tengok ramai org macam2 penyakit. Ada 3-4 org mothers almost in labor. Teringat dulu aku dengan air ketuban meleleh datang ER ni ha. Kahkah. Ada sorang baby ni pon sakit. Menangis sayu je dia. Time ni rindu sgt kat Afif. Apa la khabar dia kat rumah. Terus sebak.

After one hour result blood test kuar. Thankfully not dengue. Viral fever. Doc tanya nk balik ke nak warded. Memandangkn badan dia panas kemain we decided he should be warded. Plus, takot jangkit kat Afif pulak kalo balik.

Punya lama tunggu bilik. Bilik penuh katanya. Kol 12.40am br dapat bilik. Malam tu kol 1.30am br aku n Faizal smpai rumah. Sian afif dah tertido kat depan tv.

Today i took EL. Tak larat woo keje after a long tiring night. Pagi tadi settlekan Afif. Sebenarnya Wan pon dah almost a week on off demam. Tak larat dia jaga Afif. Nasib baik adik ipar aku, Baby ada. Dia babysit afif the past few days while im at work. Dah mandikan, bagi susu, bagi makan kat Afif, kol 12.30pm gerak gi PCMC pulak temankan hubby. He looked much better. Demam pon kurang. Sebab cukup air dari IV drip agaknya. Tapi muka dan badan still merah2.

Around 3pm kami dipanggil ke doctor's office. Dr. Danial Lim kalo xsilap. Doctor check2 dia lebih kurang pastu dia kata "So.. Ur latest blood test result dah kuar. U rasa apa outcome dia?" sambil senyum2. Kitorang pn eksaited la. Hubby guessed "i can go home? Demam pon macam dah kurang..".

Tetttt! Salah! Rupanya the result is my hubby confirmed positive with dengue. But still early stage. Berderau darah aku dengar. Im so used to having him healthy and taking care of me most of the time. Him being this sick is surreal.

And now here i am at home on the bed, with my son sleeping soundly next to me. I miss my husband. It pains me to see him in pain. And even worse, i can't be there for him all the time because i have to be there for our son. It makes me feel shitty. At times like this you couldnt help but think of the worst. Im not ready to lose my husband, my best friend, my companion.

Oh Allah, please let my husband get better real soon. Please please please.
April 3, 2013

Wordless Wednesday : Day 3

Day 3.
In an effort to be a better muslimah.

March 27, 2013

Pregnant?

One day, i realized that my period is one week late. It was weird because (alhamdulillah) i'm one of those lucky girls who always always have her Aunt Flow coming on time. i panicked but i soothed myself thinking it's just hormones. Because i'm breastfeeding.

So i wait.

The next week Aunt Flow is still missing. i got more panic. i was in Kuching, kat tengah-tengah hutan di Permai Resort, Santubong for my SIL's wedding. This time i can't take it anymore so i forced hubby to get a home pregnancy test at the neares 7-11. So he went and i did the test. Yeayyy.. Not pregnant!

The next week i started to feel nauseaous. Mual-mual dan pening.

Haishhhh sudah! This couldn't be. i could NOT be pregnant now! Afif is only 5 months, plus i had c-section. If i get pregnant now, my baby will have to be delivered via c-section jugak. Tak merasa lah beranak normal. Cuakkkk faham tak cuakkk!

After 2 days of mual-mual pening, i did my second pregnancy test. Phewwwww negative. Tak puas hati, i went to the clinic and took the third test. Yeay negative lagi! Was given ubat gastric je.

Tapi sebab cuak punya pasal aku rasa dah bercerita kat sedozen orang dah "OMG period aku dah 3 minggu lambat hamadddd! Tapi test negative.." Macam-macam la reaksi dan reply kawan-kawanku ini. Ada yang kata "Alah tu hormon je ko tak pregnant tuu" ada jugak yang kata "Nok.. Aku/si polan dulu macam ni lah haa period tak datang tapi test negative. Tengok-tengok dah 4 bulan pregnen. Baik ko test lagi..Buat blood test pulak" Bercucuran peluh ketiak dengar statement begini.

Akhirnya hari yang ditunggu telah tiba. Yesterday my Aunt Flow finally showed up. i have never been happier having period. Melompat aku semalam.

Moral of the story is, pasni aku terus nak gi amek injection Depo-Provera yang 3 bulan tuh. Tak sanggup aku berdebar tetiap bulan tunggu period tak kunjung tiba. It's like a freaking hide-and-seek game!

Yes, i want more babies but not now. Tahun depan la berusaha lagi. InsyaAllah.



March 21, 2013

First Food

As planned, Afif started solid food at 5 months 1 week! It was on the same day as i started giving him formula milk.

Alah, sebenarnya tak lah solid food sangat pon. i was excited to make pear puree for him tapi Wan kata first food bagi la rice cereal dulu. Pastu aku google, memang experts suggest rice cereal for babies below 6 months. Nanti masuk 6 months baru kasi puree. Baik lah. Rice cereal it is.

i chose Heinz Rice Cereal. Bought it during Baby Expo at CONVEC last 2 weeks. Murah la jugak kot 3 kotak for RM10. Gini rupa dia:


i mixed it with a breastmilk. Beacuse it's Afif's first time, memang sengaja buat cair. Kecairan menyerupai cecair daripada pepejal. Mula-mula bagi pakai sudu. Siap pakai bib sume haa.. Lepas 10 suap gitu, dia merengek. Tak sabar sebab lambat sangat agaknya pakai sudu. Aku masukkan dalam botol susu dia and kasi minom. Tak lame pastu habis. Muahaha.

To be honest, tak sedap pon bende alah ni. Tawar. Wan siap suruh bubuh honey. But i refuse. Kang kalo sedap sangat, dia takmo susu plak. Gitu lah cternye.

My baby boy ready for his first meal.

March 20, 2013

For 3 Days

The day i feared has finally come.

The day that i can't fully breastfeed my son.

Sigh.

Begini ceritanya..

i went to Kuching last last Saturday (9.3.13) because my beloved sister in law was getting married last Wednesday (13.3.13). So i took one week off work. It was super nice not having to go to work. i spent most of the time with Afif at in-laws home.

Kamu tahu kan bahawa stok breastmilk saya dalam fridge tak lah selebat mereka yang mempromosikan set breastfeeding shaklee yang penuh freezer. Saya hanya ada stok utk 1-2 hari sahaja. Maka sepanjang bercuti saya telah habis menggunakan stok tersebut untuk Afif minom dalam flight, traveling around Kuching and at the wedding. Tambahan pula weddingnya kat Permai Resort, Santubong. Takkan lah tengah-tengah majlis anak nak susu, nak selak pulak tengah keramaian itu. Dah la kadang-kadang aku kene run around menguruskan majlis, Wan jaga Afif. Takkan lah nak sumbat nenen Wan pulak. Kah kah kah. Ok not funny.

Nak dijadikan cerita, bila start kerja on Monday, memang takda stok susu dah. Masa cuti memang tak sempat la nak pam hoi dia asek bergayut.

Dengan keterpaksaan sedu-sedan sebak di dada terpaksa la bagi dia minom formula milk. Enfalac A+ menjadi pilihan atas suggestion paed. Mula-mula dia reject jugak. Tapi sebab lapar agaknya dia telan gak. Now, dah 3 hari Afif minom fm di siang hari. Petang aku balik kerja terus dia demand nak bergayut.

So far okay lah dia minom fm. takda muntah-muntah, cirit birit or naik rashes. Tapi semalam masa dia tengah poopoo dia pandang dengan muka cam sakit pastu merengek sket. Dah abes poopoo senyum girang. Tak sedap perot agaknya. tapi tak pulak keras poopoo nya.

Yeah, memang syahdu jugak lah kasi fm but i have no regrets because i have tried all i can to provide him with breastmilk. i believe all moms experience this kan? We try and try to provide the best for our children but things don't always go our way.

Alhamdulillah stok susu dah kembali berkumpul dalam fridge walopon tak banyak. InsyaAllah esok dan hari-hari mendatang Afif will be on full breastmilk again. Ya Allah, murahkan lah rezeki anakku untuk dapat minom susu ibu sampai umur 2 tahun. Amin.


Hubby Whatsapp-ed me this photo when i was at work. Terus aku berlari balik sebab rindu keduanyaaa! nasib baik dah kol 5 time tu. Huhu


March 5, 2013

4 months and 3 weeks

It's the fifth of March already. Serious tak sedar! Lupa jugak nak membelog pasal perkembangan Afif.. Sigh. Bukan apa, kalo boleh sedaya upaya nak belog pasal dia supaya nanti dia besar, we have a written memory of it. Manusia kan mudah lupa.. What i can recall on top of my head:

Afif's Third Month (2-3 months old)

- Start 2 bulan lebih, Wan suka bedung Afif time aku gi keje. Heran, suka pulak dia berbedung padahal sebelum ni tak suka. Tapi time tido je la bedung. Kalo dia berjaga tu marah sungguh kena bedung!
- dah tak suka tido atas badan mama. Memula tak perasan sebab tdo malam mmg berbedung. Ada skali ni letak dia atas dada cam dolu-dolu nak tidokan, mengamok dia. Bila letak atas katil, baru ok terus lelap. Sobs. My son grew up already.
-Tido suka dekat-dekat. Kalo dia tak rasa badan aku, terus terjaga mencari. So kene tido letak tangan atas badan dia or bawah ketiak aku. Hehe. Tapi kadang letak je dia dalam baby cot. Tido okay je. Ngengade je lebih.
- Memanjang ajak borak.



Afif's Forth Month (3-4 months old)


- Around 3 months 3 weeks camtu mulut dia selalu bergerak-gerak macam mengunyah. Pastu selalu makan tangan dia. Siap hisap tangan berdesup-desup. Time ni Wan dah bising suruh bagi makan solid food. Aku pekakkan telinga.
- Tak reti lagi meniarap. Mengiring pon malas bebenor. Baring je mengekeh-ngekeh senyum gelak tengok orang.
- Membebel tak sudah-sudah. Kalo aku kat atas, dia kat bawah pon boleh dengar bebelan dia berborak ngan Wan.
- Suka tengok TV especially cartoon. His favorite are Upin & Ipin and Doc McStuffin'.



Afif & Adam si anak As! Afif tua 3 minggu tapi Adam lagi debab kussss semangat! 



Tido malam berbedung bila pagi gini lah kebebasan dia. 

Afif's Fifth Month (4-5 months old)

-Makin ligat makan tangan sendiri. Kalau nampak kitorang makan, mulut dia pon automatik mengunyah haha.
- Kalo terjaga dari tido, akan nanges mencebik if no one is around. Kesian. Tapi kalo dia bangun and nampak kitorang, dia akan senyum panjang sambil borak. Ceria di pagi hari katanya.
- Dah mengiring sambil nak niarap. Tapi tak pandai meniarap full lagi. Tangan selalu terhimpap lalu membebel mintak orang angkat.
- Boring kalo baring lama-lama. Akan membebel mintak diangkat and duduk atas riba orang. Pastu tengok tv sambil berkerut-kerut macam pahammmm je.
- Dah kenal orang. Dia gelak and senyum kitorang family dukung/agah dia tapi kalo orang lain agah, dia akan pandang dengan muka heran or akan buat derkkk je tak layan. Sian Pak Mertua ku penat mengagah cucu tapi Afif buat tak layan je haha
- Dah tau bezakan orang berjaga or tido. Contohnya tengah-tengah malam dia terjaga ajak borak tp aku ngantok.. So layan dia kejap je pastu aku terlelap. Terus dia tegur macam panggil suruh bangon. Bila aku bukak mata dia akan senyum2. Heh.
- Suka pegang botol. Tapi tak kuat lagi pegangan dia.. Takleh pegang sendiri lagi. We're getting there, baby!
- Risau sebab leher dia belum 100% kuat. Kalo dukung tegak, dia boleh support kepala sendiri tapi kalo niarap dia belum boleh dongak 90°. Normal ke eh??
- Sedih sebab dia ada cradle cap kat kepala. Ada kulit kering ala-ala dandruff pastu merah kulitnya. Memula sikit, pastu makin banyak pulak. On Sunday gi klinik doctor kasi shampoo and cream. Kesian nampak dia macam kegatalan. Selalu menggaru. Sebab tu jugak kene pakaikan mittens sampai skang. Takot cakar kulit kepala dia yang sensitif tu..


 Dia selalu berborak dan mengekeh ketawa tapi jarang dapat snap gambar tengah ketawa sebab kalo nampak kamera je terus muka seryes. Macam daddy dia.



 Ngantok.

Chillin' with daddy! 

Pakai baju baby girl terus nampak cam gegurl!

Budak suka makan penumbuk sendiri.
Kesimpulannya, he's growing up okay. Makin bijak anak mama. Makin ceria. Tapi risau la jugak leher blom betul-betul kuat. Risau sebab cradle cap tu tapi semalam tengok dah kurang merah. Berkesan la ubat doctor bagi tu. i'm praying he'll be okay.

At 4 months 3 weeks, he weighs about 5.6kg. Kecik je anak saya. Tapi Alhamdulillah doc kata sihat dan normal. Saya juga berpendapat development dia slow sikit in terms of physical development but in terms of social and berborak-borak development adalah cepat. Anak kawan saya ada yang dah meniarap kepala tegap dah time ni tapi lambat mula berinteraksi sosial. It's amazing how babies grow differently.

Alhamdulillah juga dia still fully breastfed walopon susu cukup-cukup je. Ade stok 2 hari je kat rumah. Sehari kene make sure pam 3 kali untuk cukupkan bekalan sehari. Tapi dah siap-siap belikan susu formula spare kat umah takot lah kalo tak cukup pulak. Sebak wooo haritu cari susu formula tu.

Anyway, next week he'll turn 5 months! i know we're recommended to feed babies solid food at 6 month but  i have gotten permission from paed and my mom-in-law (who is also a doctor) to feed him solid food at 5 month plus. Tak sabar nyaaaa!


My little bodyguard!


P/s: hari ini dalam sejarah. Malam ni Afif dah leh meniarap tanpa bantuan. Way to go baby! Tapi tak la meniarap expert. Nampak la dia memerlukan effort yang lebih. Kepala juga masih blom tegap. I know you'll get there soon baby!
February 22, 2013

Spanx is Here!

Eventhough i am back to my pre pregnancy weight, tipulah kalau kata badan maintain bergetah cam zaman anak dara dulu. Perut yang dulunya (agak) kempis, mengembang berpuluh kali ganda semasa mengandung telah kembali ke saiz (hampir hampir) normal. Tapi still rasa buncit dan menggelebeh.

So i was wandering around at Isetan KLCC today (long lunch hour!) and there it is; Spanx booth right in front of me!

Terus la menggelupur di situ. Macam biasa, As was a little bit blur and asked "Apsal ko ni?" then i told her "ko tak tau ke nokkk brand ni la yang retis Hollywood pakai gi red carpet events. Jessica Alba, Jennifer Garner, Adele sume tuu.. Badan diorg bukan semua perfect. Haaa pakai ni terus smooth without bulging lemak. Sebelom ni Spanx ni tak jual kat Malaysia". Lalu As pon join menggelupur (padahal minah tu tak gemok langsung. Jeles aku..)

Whether we need it or not (who am i kidding? I need it), both of us bought our first Spanx!

I bought the Slim Cognito one at RM319.00. Nasib baik ada voucher Isetan RM95 so bayar sket je la. Ntah la mahal ke murah compared to kalau kirim kat US tapi aku beli je.

So if ya'll are looking for Spanx, the booth will be at Isetan KLCC till 28 Feb. But i think Metrojaya Midvalley pon dah carry this brand. I think la..




February 13, 2013

Juggling it All


i'd be lying if i say things don't change once the baby came in the picture. Of course life changes. i know i change.

Before Afif was born, i promised my friends that i will NOT be the kind of friend who shut her friends out once she became a mother. i went like "Tengok dia tuu.. Sejak beranak tak nampak langsung batang hidung. Seriously babes, i won't be like that. i'm gonna be THE cool mom.. And we'll still have our annual gfs gateaway!" and between Mr. Chenta and i, we promised to have date nights, dine out and watch movies together.. Just us.

Cakap senang.. Now that i'm a mom i'm trying so hard to fulfill those promises.

i'm telling you, it ain't easy! Here's why:

- Hubster and i have this policy: we can go out with friends as long as one of us would stay at home and watch the baby. Tapiiiii suami saya tu adalah bekerja syif. Dia kerja 4 days, pastu dapat 4 days off. Dia punya 4 days off ni tak di-gerenti jatuh pada weekends. So we have to plan our outings in advance coz i can't go out when he's working. Kalau nasib baik, dapat la kuar lama sket on weekend. Nasib tak baik, girlfriends and i have to make do on weeknights dinner. But still, it's something.

- Alhamdulillah Afif is fully breastfed. i'm grateful for that but it means i have limited time to be away from him. Seperti yang telah diceritakan di post ini, stok susu kat rumah tak banyak. So kalau keluar, kene bajet brapa banyak susu nak tinggalkan. Pastu bila keluar asyik teringat cukup kah susu yang dicairkan tadi? Kadang tu dalam kereta during girlfriends outing pon aku ngepam nak ganti balik susu haha

- Kalau kami laki bini nak keluar dating pon sebenarnya boleh je.. Sebab Wan does not mind looking after Afif. Tapi kene jugak la plan. Takleh la dating tetiap hari pastu biar Wan jaga anak. Hamboi hamboi hamboi..! Our plan is to have date nights at least once a month. So far so good. Kalo keluar berdua tu rasa best sangat macam mula-mula couple dulu. Hihi

Currently my success rate is 50%. Berjaya jugak gi karaoke ngan As, shopping and makan outings with my single girlfriends, dates with hubby.. Tapi ada jugak gfs session that i missed out sebab kene jaga anak. Oh well, we can't have it all kan?

To my baby husband, thanks for being an awesome dad, an amazing husband and an understanding friend. i can never ask for a better life partner. Even when i'm away, this guy can manage it ; mandikan Afif, bagi susu, tidokan.. How did i get so lucky?


Our most recent dimsum and shopping night out. It was unplanned. Thank God husband was okay with it. 

Afif's first time attending a wedding. Tapi dia takda dalam gambar sebab tido dalam stroller haha


p/s: i have an upcoming girlfriends gateaway with my besties. i'm so looking forward to it but at the same time dreading the thought of being away from my baby for 4 days *cringe*


p/s lagi: sometimes i can't help but feeling like a bad mom leaving my son and have fun with my friends. Please tell me i'm not a bad mom. i mean, mothers deserve some me time too, right?

p/s lagi lagi: Mohd Idzwan Asyraff, i LOVE you.


February 4, 2013

It's Monday Morning..

..and i'm missing this little guy!

Sigh.

Well at least i have a job. Alhamdulillah.

Happy working peeps!