Last weekend, we went to Kuantan. Main objective is to attend my cousin Allan's akad nikah and wedding reception. Secondary objective is to jalan-jalan makan angin. Wahhh mampu ko siap ada primary secondary objective bagai..
Patotnya nak bertolak Jumaat pagi.. Tapi kene gi klinik audiologi plak nak betulkan setting hearing aid Afif sebab dia suka tarik-tarik. 2 jam jugak lah baru settle. Kami laki bini lemau melayan budak ni hide and seek and sepahkan klinik bagai. Pas settle tu baru balik, makan, and kol 2 baru gerak gi Kuantan.
Wan and Mak Ngah ikot skali gi Kuantan ni. Memang sempit lah kereta sebab ada carseat Afif lg. Masa pergi tu alhamdulillah Afif senyap je tido dalam carseat dia. Dah nak sampai baru jaga.
Sedap dia tido. Mama terkebil-kebil.
Sampai Kuantan around 5pm trus check-in kat Vistana. Memula nak lepak kat Hyatt sebab kononnya nak main pantai. Tapi tengok banyak bad review kat Tripadvisor, we changed our mind. Dok kat Vistana lagipon dalam bandar. Kitorang amek connecting room ngan Wan and Makngah kat bilik sebelah. Bilik dia cantik.. Sebab lepas refurbished. Cuma kecik sket bilik dia. Cam biasa lah budak kecik tu excited explore bilik, masuk kuar toilet and almari.
First thing dia explore kat bilik hotel adalah jamban. Baahaha.
Malam tu gi rumah pengantin pompuan tengok diorang nikah. Diorang nikah kat dalam umah, aku dok luar je la area depan pelamin. Ntah apahal excited lebih Afif. Semua mak nenek yang ada kat situ dia salam, joget-joget, cubaan memanjat pelamin. Rakan-rakan sebaya dia plak sibok nak dekat-dekat ngan dia.. Mungkin sebab pelik tengok hearing aid dia.
Buat rumah orang cam rumah sendiri. Gamba dia panjat pelamin tak sempat amek.
Akad nikah.
Weh aku suka gila wedding orang Pahang ni sebabnya ada ikan patin tempoyak hamagaddd.. Makan cam onggiler aku. Kalo tak mikirkan ni rumah orang, memang 3 kali kot aku tambah.
Kol 10 lebih camtu Afif nak sibok meraba nak nenen. Aku dok dalam kete breastfeed dia sambil tunggu diorang settle berinai. Dalam kol 11pm baru kitorang balik hotel. Barai la jugak weh.
Esoknya tengah hari gi reception diorang. Balik hotel melepet je kitorang. Petang tu bertegas kejotkan laki ajak gi picnic kononnya. Plan asal nak gi teluk Cempedak tapi mak haiii jam nya jalan. Last2 kitorang gi Pantai Batu Hitam which is like 15 minutes from Teluk Cempedak. Pantai lagi luas and lagi aman. Motif utama nak kasi Afif main pasir and laut. Aku tak puas hati btol masa kat Langkawi aritu dia geli pijak pasir.
Congrats Allan + Along!
Afif dan dua pupunya, Rachel Hannah
Bila letak dia atas pasir, memula dia geli and mintak dukung. Second time aku letak je and lari cecepat. Nak tak nak dia terpaksa la berlari kejar aku. Lama-lama dia okay je. Yezza! Seronok la kami berkejaran siap laki aku beli bubbles main ngan dia. Pastu bila main air, memang bertambah suka la. Memang nampak muka dia pelik tengok air laut menerjah kaki siap berpasir-pasir. Lepastu memang ligat nak masuk dalam air. Hamboi hamboi. Aku memang tak kasi dia basah. Seluar je basah sket. Bila diajak balik, dia takmo eh. Nak masuk air jugak. Terpaksa la angkut dia masuk kete. Nasib baik takde drama.
Happy boy discovering the world by our Creator.
i hope you grow up to be part of the world, son.
To see what the world has to offer.
To appreciate.
The next day we left Kuantan at around 2pm. Sempat gak la bawak Afif berendam kat pool before check-out.
Perjalanan balik kali ni memang mencabar sebabnya Afif tanak dok dalam carseat eh.. First time aku kasi iPad dalam kete, lenguh gak tangan pegang. Bila simpan iPad, mula lah meragam. Dia either nak berpeluk ngan aku dok kat riba laki aku yang tengah drive. Maka memang tahan je la aku 3 jam tu dok blakang bersempit ngan carseat and Wan sambil riba Afif. Mak Ngah dok seat depan sebab dia besar.
All in all, we had fun. Ni yang aku teringin nak gi beach holiday lagi ni. Haih..
Hey afif ni comelnyeeeee!!!
ReplyDeleteantara banyak2 hotel i pergi, I rasa Vistana ada bantal yang sangat banyak and comfy gila.budak ngan air memang tak dapat dipisahkan hahaha
ReplyDelete