June 11, 2013

He's 8 Month Old Today!

Dah 8 bulan anak mama. Cepat nya masa berlalu. Alhamdulillah nak berubah bulan ni takde la Afif meragam, or sakit or demam. Cuma 2-3 malam ni dia tido nak berdukung berdodoi macam zaman dia kecik-kecik dulu. Selalunya baring bergayut nenen terus je tido. Extra manja sket kali ni.

Semalam bawak dia gi check up sekali ngan cucuk the last dose of pneumococcal vaccine. Berat dia dah 7.1kg. Dr. Anthony suka sebab 7.1kg tu falls in lebih kurang medium range in the growth chart. Selama ni berat dia mesti ngam ngam atas minimum line tu. siap komen "Aff ni besar woo tapi tidak berapa berat.." Ntah apa hal kebetulan tak ramai orang lak masa our session. Lama juga Dr. Anthony layan Afif. Siap dukung hug hug cium cium borak borak. I voiced out my concern pasal Afif yang malas niarap apatah lagi ngengsot. Doc kata dia ada baby mmg kurang rajin camtu. Afif ni tulang dah kuat cuma maybe back muscle blom brapa kuat. Dia suruh banyakkan exercise dgn niarap and letak dalam walker. Punya la selama ni aku delay letak dlm walker sbb nak tggu tegap dulu baru letak.dah dapat green light baik lah! Harap lah ok je development dia. Tapi dia kata jangan risau lah. Afif lebih kepada social skill. Asek borak, jerit, gelak je keje nye. Masa kene cucuk 5 saat je nanges alhamdulillah.

Lain lain development adalah dia makin pandai meniru gelagat orang. Orang geleng dia geleng. Orang jelir lidah dia pon sama. Orang tepuk amai amai pon dia cuba. Tapi bila suruh melambai, dia konpius. Kahkah. Dia jugak nak pandai voice out preferences. Aritu bacakan buku. Selesai baca aku letak buku tu. dia bising, sambil tangan nak capai buku. Aku amek n bacakan lagi. Letak balik, dia bising nak lagi baca buku. 3 kali gitu. Bagus lah nak, suka membaca. Jangan asek ngadap tv, ngadap ipad, mintak lego, hotwheels, xbox je dah besar nnt. Physically, masa niarap dia dah angkat2 bontot tp tangan tak move so static je la gitu. Takpe, cuba lagi!

Minggu ni masuk minggu kedua dia dok umah babysitter. Alhamdulillah ok je nampaknya. Cuma first and second day aritu bila amek dia nampak penat n ngantok bebenor. Sampai rumah senyap je. Termenung. Aku risau jugak. Masuk hari ke-3 dan seterusnya ok dah. Mungkin dia sesuaikan diri time tu. First time mom nok, i admit i'm really paranoid. Terfikir bukan-bukan. Babysitter kasi ubat tidur ke ape ke.. Siap mintak hubby amek awal ari Khamis aritu kononnya spotcheck. Kebetulan hubby syif malam time tu. Tapi ok je. Hubby kata dah jangan paranoid sangat. Skang tgk Afif ceria je gi situ lega aku. Semoga semuanya okay.

Itu je la hapdet kali ni.

Budak good mood gi check up.

Buah hati pengarang jantung.

1 comment on "He's 8 Month Old Today!"
  1. pandai dia tiru mummy yee..i puas mengajor si hamza tepuk tangan ke lambai takde diikutnya..haha...hamza masa 8 bulan pun jadi manja nak tidur melekap je siap lentok kepala sekali.
    i guess bila kita hantar anak kt orang lain mesti kita rasa paranoid. i kalau tengok baju pakai 2 helai je pun i dah paranoid dia ni mandi ke tidak anak aku..tapi so far so good. I pray Afif dijaga dengan baik juga :)

    ReplyDelete

EMOTICON
Klik the button below to show emoticons and the its code
Hide Emoticon
Show Emoticon
:D
 
:)
 
:h
 
:a
 
:e
 
:f
 
:p
 
:v
 
:i
 
:j
 
:k
 
:(
 
:c
 
:n
 
:z
 
:g
 
:q
 
:r
 
:s
:t
 
:o
 
:x
 
:w
 
:m
 
:y
 
:b
 
:1
 
:2
 
:3
 
:4
 
:5
:6
 
:7
 
:8
 
:9